0

Jamuan Akhir Tahun



Pada 18 November lalu, kelas aku telah mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Excelsior.
Setelah 2 kali tertangguh disebabkan oleh masalah2 tertentu yg tidak dpt dielakkan, ALHAMDULILLAH, akhirnya jamuan ini dapat diadakan pada tarikh tersebut. Jamuan ini dihadiri oleh Cikgu Rosnah (Guru Pengiring), Cikgu Mastura, Cikgu Nazimah, Cikgu Fauziah, Cikgu Azharina dan semua pelajar kelas 6RHO/2009. Mengikut perancangan asal, selepas jamuan ini kami akan bersiar-siar di Ipoh Parade. Tetapi disebabkan kesihatan Cikgu Rosnah yg tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan upacara tersebut sbg tanda simpati kpd Cikgu Rosnah. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana setelah 2 kali tertangguh, akhirnya jamuan ini tetap dapat diadakan. TERIMA KASIH kpd semua yg terlibat dlm menjayakan jamuan ini. Kpd guru2, TERIMA KASIH kerana sudi hadir ke majlis walaupun ada diantara mereka yg sedang sibuk menguruskan peperiksaan STPM dan SPM.
0

Selamat Tinggal Upper Six

TERIMA KASIH abang Nazri dan smua kakak upper yg telah bnyk menolong saya sepanjang saya berada di Bainun. Kenangan bersama abg Nazri dan kakak2 upper tidak akan saya lupakan. Pas ni, tak de lagi tmpt utk saya nak berborak lagi. Sunyi la hidup saya lepas ni. Nak borak ngan perempuan kelas saya, diorang lak sombong ngan saya. Tapi tak pe la. Walau maca mana pun, hidup perlu diteruskan. Abang nazri dan kakak2 upper pun ada jalan hidup yg masih jauh utk ditempuh. Saya redha. Saya doakan semua abang dan kakak2 memperoleh keputusan yg baik dlm STPM. Semoga anda semua berjaya dalam hidup anda.
0

Bainun datang ke Bainun

Pada 20 Okt. lalu, SMK Raja Permaisuri Bainun telah dihadiri oleh yg empunya nama, Raja Perempuan Perak Raja Permaisuri Bainun. Kehadiran beliau adalah bagi merasmikan Sambutan Jubli Perak SMKRB dimana sekolah telah menjangkau usia 25 Thn.
0

LCD PROJECTOR





Kelas Tingkatan 6 kini dilengkapi dengan LCD Projector. Memandangkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 sering mengalami masalah utk membuat pembetangan, LCD Projector ini dipasang utk memudahkan pembelajaran. Kini, ciri pembelajaran di Universiti semakin terserlah. Dengan menggunakan LCD ini, pelajar Ting. 6 hanya perlu menyiapkan tajuk yg akan dibentangkan di Makmal Komputer atau menggunakan Laptop Form 6 dan menyimpankannya ke dlm pendrive. Pada hari pembentangan, Cikgu/Penyarah akan membawa laptop dan pelajar Ting. 6 cuma perlu memasukkan pendrive mereka yg mengandungi bahan pembetangan dan pembetangan boleh dilakukan seperti yg dibuat oleh pelajar--pelajar di Universiti

6

FORM 6 KAT SMK RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH




Biar pun aku tidak sebebas rakan-rakan ku lain yang belajar di politeknik, universiti dll, tetapi aku seronok belajar di SMK Raja Permaisuri Bainun. Disini, aku lebih matang terutamanya apabila pelajar2 di sini memanggil aku dengan gelaran 'abang'. Gelaran 'abang' membuatkan aku sedar bahawa aku bukan kanak-kanak lagi. Tingkatan 6 tidak lah seperit yg selalu digebar-gemburkan. Cabaran Ting. 6 ni cuma aku perlu mematuhi semula peraturan sekolah dan aku perlu menyertai semula aktiviti kokokurikulum dlm erti kata lain ak perlu 'berkawat' semula. Tetapi aku rasa itu semua tak menjadi masalah dan aku anggap ianya sbg cabaran dan pengorbanan yang aku buat demi masa depan aku. Kalau aku masuk k politeknik, cabarannya ialah suasana yg 'enjoy' dan aku takut aku akan hanyut dgn masalah2 sosial remaja. Maklumlah, IMAN aku tak sekuat mana utk melawan pengaruh negatif yg ada di politeknik. Di Ting. 6, aku dpt rasa masa depan aku lebih cerah sebab spt yg diketahui pangambilan pelajar universiti utk program ijazah lebih mengutamakan pelajar STPM berbanding politeknik . Biar pun terpaksa 'keluar bidang' aku tak kisah sbb mungkin rezeki aku bukan di bidang engineering. Dr Fadhilah Kamsah pernah berkata bahawa 'Kita tak semestinya akan kahwin dengan cinta pertama'. Maknanya, mungkin cinta pertama aku iaitu 'engineer' tak menjadi, mungkin aku akan kahwin dengan bidang aku ambil skrg.
 
Copyright © PERJALANAN HIDUPKU