0

Students Life

Assalammualaikum,,, ni lah antara gambar terbaru aku. Life kat U ni mmg best !!! Alhamdulillah,, smua dpt trm ak sbg kawan. Yg bestnye,, ak x de mslh nk kwan ngan pompuan spt kat form 6 bainun dulu hahahaha!!! k la,, smua. setakat ni je dulu. ade mase, ak update lg.
0

Dunia Baru @ Unisel

Assalamualikum,,, maaf la sebab dh lame x update.... Busy skit.. Sengaja ak gunakan istilah 'dunia baru'. Klu korg igt lg sebuah drama yg bertajuk Dunia Baru,,, shoting nye di Unisel. Akn pilih tajuk ni sbb ak juga skrg ni adlh pelajar Unisel. Dlm post ak yg sblm ni mnyatakan ak masuk kptm. Tapi x jd le.... Tiba2 lak ak dpt offer Unisel. So,, Ak pilih utk bljr di Unisel memandangkan kos yg lebih murah & kursus yg lebih bagus iaitu Bachelor of Human Resource. Ok la,, cukop la utk kali ni... lain kali bila free ak update lg... sekian....
0

Berangan jap hik !! hik !!



Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Illahi kerana aku berpeluang utk sambung bljr ke peringkat yg lebih tinggi iaitu Ijazah. Insyaallah, 28 Jun ni aku akan m'daftar di Kolej Poly-Tech Mara. Sebelum nk msok, aku sempat la gi survay Kolej tu. Dpt gak la aku b'gambar kat kolej tu hahaha!! Al-maklumlah,, dh excited sgt nk masuk hahahaha!! Memandangkan keputusan upu pon akan kuar lmbat lg (week 2-Julai),, So, aku rasa better aku masuk dulu KPTM ni. Aku tak nak tanggung risiko utk tunggu upu sbb result result aku x de la gempak sgt & peluang utk dpt upu amat tipis. Walaubagaimanapun, aku tetap b'syukur sebab masih dpt smbg bljr ke peringkat degree walaupon hanya di kolej swasta. Aku harap aku b'jaya m'dpt segulung Ijazah & life aku @ KPTM ini akan memberi byk kejayaan. Sama-samalah kita doakan.



0

Myvi TRD

Setelah sekian lama tak update blog, kini aku nak kongsi sedikit aktiviti yang aku buat selepas habis peperiksaan STPM. Aku ni minat dalam modified kereta ni, tapi belum berkesempatan untuk modified kereta sebenar. So, aku lepaskanlah minat aku kat kereta mainan je. Aku suka beli kereta mainan yang menyerupai kereta sebenar yang biasa kita tengok kat jalan raya. Antara yang aku dah beli, Waja, Wira, Kancil, BMW x5, Kelisa, Myvi, & paling latest, Altis & Camry. Bila tengok Myvi modified, tiba-tiba pulak hati aku ni teringin nak modified Myvi. Sebenarnya aku ni teringin sangat nak modified Toyota Vios tapi masalahnya tak jumpa lagi Vios mainan. So, kalau korang ada jumpa mana-mana kedai yang jual Vios mainan, INFORM kat aku ye. Selepas Myvi, projek aku tak la terhenti di situ sahaja. Sekarang ni aku tengah modified Toyota Altis & Toyota Camry lak. Insyaallah, bila dah siap nanti, aku akan tunjuk kat korang ye.


0

Jamuan Akhir Tahun



Pada 18 November lalu, kelas aku telah mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Excelsior.
Setelah 2 kali tertangguh disebabkan oleh masalah2 tertentu yg tidak dpt dielakkan, ALHAMDULILLAH, akhirnya jamuan ini dapat diadakan pada tarikh tersebut. Jamuan ini dihadiri oleh Cikgu Rosnah (Guru Pengiring), Cikgu Mastura, Cikgu Nazimah, Cikgu Fauziah, Cikgu Azharina dan semua pelajar kelas 6RHO/2009. Mengikut perancangan asal, selepas jamuan ini kami akan bersiar-siar di Ipoh Parade. Tetapi disebabkan kesihatan Cikgu Rosnah yg tidak mengizinkan, kami terpaksa membatalkan upacara tersebut sbg tanda simpati kpd Cikgu Rosnah. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana setelah 2 kali tertangguh, akhirnya jamuan ini tetap dapat diadakan. TERIMA KASIH kpd semua yg terlibat dlm menjayakan jamuan ini. Kpd guru2, TERIMA KASIH kerana sudi hadir ke majlis walaupun ada diantara mereka yg sedang sibuk menguruskan peperiksaan STPM dan SPM.
0

Selamat Tinggal Upper Six

TERIMA KASIH abang Nazri dan smua kakak upper yg telah bnyk menolong saya sepanjang saya berada di Bainun. Kenangan bersama abg Nazri dan kakak2 upper tidak akan saya lupakan. Pas ni, tak de lagi tmpt utk saya nak berborak lagi. Sunyi la hidup saya lepas ni. Nak borak ngan perempuan kelas saya, diorang lak sombong ngan saya. Tapi tak pe la. Walau maca mana pun, hidup perlu diteruskan. Abang nazri dan kakak2 upper pun ada jalan hidup yg masih jauh utk ditempuh. Saya redha. Saya doakan semua abang dan kakak2 memperoleh keputusan yg baik dlm STPM. Semoga anda semua berjaya dalam hidup anda.
0

Bainun datang ke Bainun

Pada 20 Okt. lalu, SMK Raja Permaisuri Bainun telah dihadiri oleh yg empunya nama, Raja Perempuan Perak Raja Permaisuri Bainun. Kehadiran beliau adalah bagi merasmikan Sambutan Jubli Perak SMKRB dimana sekolah telah menjangkau usia 25 Thn.
 
Copyright © PERJALANAN HIDUPKU